Latar Belakang JKNCR


Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor (JKNC/R) Universiti Awam (UA) Malaysia berperanan sebagai sebuah platform bagi membolehkan pengurusan tertinggi universiti berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam membuat keputusan tentang pendidikan tinggi negara. JKNC/R UA mempunyai peranan yang amat besar dan signifikan dalam melaksanakan pelbagai ketetapan, dasar dan strategi kerajaan dalam menjayakan transformasi masyarakat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju. Jawatankuasa yang menghimpunkan semua Naib Canselor dan Rektor UA ini turut berperanan bagi membincangkan hala tuju dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan peningkatan kualiti sesebuah universiti.

Profesor Datuk Dr. Mohd Noh bin Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dilantik sebagai Pengerusi JKNC/R UA yang baharu untuk tempoh dua tahun bagi menggantikan mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jeneral Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin. Mesyuarat JKNC/R UA Bil.1/2016 yang telah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada bulan Februari 2016 yang lalu turut melantik Profesor Dato’ Dr. Daing Mohd Nasir bin Daing Ibrahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai Timbalan Pengerusi JKNC/R UA.

           

SEKRETARIAT JKNC/R (UTHM)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 Parit Raya, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-4537855/3457 Faks : 07-4536353